Tak tertahan sejuk..


Selama 3 bulan lebih di Battagram,Pakistan.Aku ke sana di dlm bulan Ramdhan..Raya Puasa,Raya Haji dan Raya Cina semua di sana..hehehe..Kesian kat mangsa gempa bumi,dah ler rumah dan harta punah,yang malang lagi time winter pulak tu.Semoga Allah membalas kesabaran dan keimanan mereka itu di Jannatul Firdaus.Bila tiba winter memang sejuk amat sangat sebab khemah kami tidak begitu kebal utk menahan kesejukan.Jika hendak mandi kami perlu masak air sendiri..(aku masak air pakai tin minyak masak)..Subuh masuk awal time tu lebih kurang pukul 4am..So kena masak air dulu sebelum nak amik wuduk.satu khemah hanya memuatkan 3 org sahaja.Penempatan kami ialah di kawasan padang lembah di kelilingi gunung.Setiap hari ada gempa berskala 5 ricter.Kami hanya berdoa banyak2 agar gempa itu tidak kuat agar gunung-ganang itu tidak runtuh.

0 comments: