Salam Eidul Adha

Salam Eidul Adha ku ucapkan
Buat sahabat yang dekat dan yang jauh
Maaf Zahir Batin ku pohonkan
Agar segala perbalahan dijernihkan
Buang yang keroh ambil yang jernih
Hanya pada Allah ku mengadu
Semoga di hari yang mulia ini
Kita saling bermaafan
Dan ikatan silaturrahim kita berpanjangan

Readmore »»

Jaga bola anda

Readmore »»

Jangan skodeng


Papan tanda `Jangan Skodeng` ini ditemui di Korea.

Readmore »»

Redha Manusia

Kata orang alim `orang-orang yang mencari keredhaan manusia,jarang sekali ia mendapat keredhaan Allah`

Readmore »»

Guru dan barakah ilmu

Berusahalah mencari guru yang dipercayai, doakan agar tidak terlihat aibnya, dan jangan mencari kelemahannya, ambil kebaikannya, diskusi dengannya dengan adab dan masuki majlisnya dengan hormat agar berkat ilmu mampu sampai dan memberikan manfaat di dunia dan akhirat...sumber:www.zaharuddin.net

Readmore »»

Syirik telah menjadi budaya

Mengapa kita takut selain dari Allah.Sejak dari zaman dahulu lagi,kita ditanamkan agar takut pada selain dari Allah.Kita ditanamkan agar takut pada daulat raja-raja,pada jin-jin.Lupakah kita raja juga akan mati,jin juga akan musnah.Dan di zaman sekarang ini perasaan takut itu terus terbawa-bawa.Kita takut pada senior dan boss kita.Marilah sama-sama kita perbetulkan hati kita,tidak akan terjejas apa-apapun pada diri kita melainkan dengan izin Allah.Tidak akan tercacat celanya kita melainkan dengan kehendak Allah.Tidak akan terguris kulit halus kita melainkan dengan kuasa Allah.Segala rezki kita adalah di bawah limpahan kurnia dari rahmat Allah.Janganlah kita membodek boss kita dengan niat boss akan sayang pada kita dan akan menambahkan rezki kita.Gudang rezki Allah teramat luas.Allah akan kurniakan rezkinya kepada kita dari sumber yang tidak kita sangkakan.Marilah kita bertakwa kepada Allah.

Readmore »»

Saat Kematian

Sekarang kita hidup senang dan mewah.Siang-malam kita bekerja bertungkus lumus untuk menghimpun harta bergunung-ganang untuk kita wariskan pada zuriat kita.Kita tidak memikirkan halal dan haram.Asal maksud menghalalkan cara.Kita suka menabur fitnah.Kita suka mengadu-domba.Kita mengamalkan rasuah.Kita hidup dengan riba.Kita bangga dan riak dengan pangkat,harta dan kekayaan kita...Tapi terfikirkah kita..teringatkah kita..bagaimana tatkala saat kematian kita nanti..

Readmore »»

Sekadar renungan

Sekadar renungan sahaja..berapa banyakkah baju dan seluar kita..berapa besarkah rumah kita..berapa canggihnya kereta kita..berapa enaknya makananan kita..cuba kita bandingkan kehidupan kita ini dengan kehidupan baginda Rasulullah SAW..dimanakah persamaannya dan dimanakah perbezaannya.

Readmore »»

Sedekah tidak mengurangi harta kita

RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit
matahari,
ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu
menyeru, "Ya
Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan
hartanya
kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang
menahan
hartanya".
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah
bersabda :
"Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus,
kecuali tiga
hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak
shalih yang
mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad)

Readmore »»

Kawan kita

Orang kata..kalau kita kawan ngan org baik..kita akan jadi baik..kalau kita kawan dgn org jahat kita akan jadi jahat..apa2 pun serpihan org yang kita kawan itu akan terkena kita jugak sedikit atau banyak

Readmore »»

Cendoi dan Yong Tau Foo

Lama jugak tak pekena cendoi..maklumlah di Kota Bharu susah sikit nak cari cendoi.Semalam sempat aku pi pekena cendoi kat Taiping..Tadi aku pi pekena Yong Tau Foo kat Bomba Taiping..Tapi cendoi n Yong Tau Foo Taiping memang best..heheh..

Readmore »»

Harta yang berharga

Harta yang paling berharga bukanlah wang ringgit dan emas berjuta..tapi harta yang paling berharga ialah anak2 dan isteri yang soleh dan solehah..Kita boleh mencari wang ringgit yang berjuta tapi semua ni tak dapat menjamin kebahagiaan kita.Seronok tak kalau kita lihat anak2 seusia 5 tahun sudah fasih membaca Quran dan sentiasa berzikir dan sentiasa membasahi lidah2 mereka dgn menyebut nama Allah..sedih tak kita jika kita lihat anak2 seusia in hanya pandai bernyanyi lagu2 Mawi..Ya Allah Ya Tuhan kami..jadikanlah anak2 dan zuriat2 kami hamba2 yang sentiasa taat padaMU dan sentiasa basah lidah dan hati mereka dgn mengingatiMU...

Readmore »»

Antara 2 cinta

Tuhan..
Leraikanlah dunia yang mendiam di dlm hatiku
Kerana disitu tidak ku mampu mengumpul dua cinta
Hanya cintamu..ku harap subur

Readmore »»

Masihkah ada jalan bagiku ke syurga..

Masihkah ada jln bagiku utk ke syurga..Lihatlah diriku..lihatlah kehidupanku..Rasulullah mengibaratkan dunia ini tidak pun bernilai timbangannya seberat sayap nyamuk.Tapi bagiku..dunia inilah syurga..
Sahabat-sahabat Nabi itu memandang dunia sebagai Rasulullah memandang dunia dengan rendahnya dan bersedia menghadap akhirat semata-mata kerana Allah. Kerana ringan dan murahnya nilai dunia ini, maka mudah sahaja dijijak dan diperhambakan hingga mereka menguasai dunia ini dan dengan dunia yang diperhambakan itu mereka membeli dan berjaya memenangi akhirat. Maka menguasai dunia untuk dijadikan tunggangan ke akhirat. Sekali-kali tidak ada peluang diberikan kepada dunia itu menakluki mereka atau mengatasi mereka. Kerana itu mereka berjaya di dunia dan di akhirat iaitu terus menang dlam jihad mereka...Tapi aku tak pernah memenangi apa-apapun..Dunia tidak dapat..Ahirat pun tak dapat.....MASIHKAH ADA JALAN BAGIKU UTK KE SYURGA..

Readmore »»

Mata air ilmu

Imam Ahmad bin Hanbal (164-241 H./780-855 CE)

Imam Ahmad (r): "Ya walladee 'alayka bi-jallassati ha'ula'i as-Sufiyya. Fa innahum zaadu 'alayna bikathuratil 'ilmi wal murqaba wal khashiyyata waz-zuhda wa 'uluwal himmat (Anakku jika kamu harus duduk bersama orang-orang sufi, karena mereka adalah mata air ilmu dan mereka tetap mengingat Allah dalam hati mereka. Mereka orang-orang zuhud dan mereka memiliki kekuatan spiritual yang tertinggi," --Tanwir al-Qulub, p. 405, Shaikh Amin al-Kurdi)

Imam Ahmad (r) tentang Sufi:"Aku tidak melihat orang yang lebih baik dari mereka" ( Ghiza al-Albab, vol. 1, p. 120)

Readmore »»

Susahnya nak cari rezki..


Kesiannya kat brother ni.Susahnya dia nak cari rezki..nak cari makan bagi kat anak2 bini dia.Begitu jugak yg aku tgk kat Malaysia ni.Ramai adik2 kita kat Universiti yang tak sedar diri.Mak bapak kat kampung kerja felda jer..tanam padi jer
..motong getah jer..bertungkus lumus tulang empat kerat nak cari duit nak bagi anak2 mengaji di universiti..Tapi anak2 depa lupa diri..lupa asal usul..Pakai henpon harga rm1000 kalahkan henpon seorang doktor..Lepas tu asik duk sms ngan awek2 n pakwek2 depa.Top-up henpon sebulan mau RM100 lebih..yang depa tau tiap2 bulan duit mesti masuk dlm bank..itu saja..Tapi yang lagi sedih,bila depa dah start kerja bukan depa nak bagi duit kat mak bapak depa..tapi depa `pau` duit mak bapak depa lagi ada..

Readmore »»

Swat Valley,Pakistan



Ada org kata Swat Valley atau Lembah Swat ni antara tempat yg paling cantik di dunia.Di musim winter kat Swat Valley mudah didapati ikan Trout.Di sinilah pertama kalinyer aku bermain ski.Aku tidur di hotel dlm gambar tu.Nun atas puncak gunung..punyalah jauh..tapi memang berbaloi..hehe..Aku sambut raya haji di sana,siap pakai baju melayu lagi.Tempat ni dinamakan Malam Jabbar Ski Resort.Ia dibina oleh org Austria yg mendiami Swat Valley.Nanti sesiapa yg nak pergi sana ajak lah aku..Aku rindu sangat2 nak pergi ke sana lagi.

Readmore »»

Kashmir..Sejuk mata memandang



Akhirnya jejak jugak aku ke kashmir.Dulu waktu kecik2 aku memang minat tgk cerita hindustan.Kalau lepas solat jumaat terus balik rumah tgk citer hindi,tak bergerak duk depan TV sampai citer habis..dlm hati kecik aku selalu berangan2 nak pergi ke Kashmir.Alhamdulillah,Allah telah makbulkan hajat aku.Di sebelah ialah gambar Sg.Jhelum yg merentasi Pekan Muzaffarabad,Kashmir.

Readmore »»

Tak tertahan sejuk..


Selama 3 bulan lebih di Battagram,Pakistan.Aku ke sana di dlm bulan Ramdhan..Raya Puasa,Raya Haji dan Raya Cina semua di sana..hehehe..Kesian kat mangsa gempa bumi,dah ler rumah dan harta punah,yang malang lagi time winter pulak tu.Semoga Allah membalas kesabaran dan keimanan mereka itu di Jannatul Firdaus.Bila tiba winter memang sejuk amat sangat sebab khemah kami tidak begitu kebal utk menahan kesejukan.Jika hendak mandi kami perlu masak air sendiri..(aku masak air pakai tin minyak masak)..Subuh masuk awal time tu lebih kurang pukul 4am..So kena masak air dulu sebelum nak amik wuduk.satu khemah hanya memuatkan 3 org sahaja.Penempatan kami ialah di kawasan padang lembah di kelilingi gunung.Setiap hari ada gempa berskala 5 ricter.Kami hanya berdoa banyak2 agar gempa itu tidak kuat agar gunung-ganang itu tidak runtuh.

Readmore »»

Pedih ulu hati dan sakit jantung


Jika kita berusia 40 thn atau lebih dan kita merasa pedih di ulu hati, kita hendaklah cepat pergi ke hospital(bukan klinik) utk mendapatkan rawatan selanjutnya.Sakit ulu hati kalau yg biasanya ialah tanda2 kita ada sakit gastrik.Tapi kadang2 ia juga merupakan tanda sakit jantung,terutama bagi mereka yg berumur 40 tahun lebih.Nasihat saya kalau boleh teruslah pergi ke hospital dan bukan ke klinik kerana di hospital ada mesin utk periksa jantung ECG tapi di kebanyakan klinik tidak ada mesin jantung ini.Di hospital juga dapat dibuat ujian darah utk periksa jantung kita tapi di klinik tidak ada.

Readmore »»

Pulau Sulu dan Abu Sayyaf


Masihkah kita ingat dengan kisah Abu Sayyaf yg pernah mencolek Rakyat Malaysia dan pelancong asing di Pulau Sipadan tak lama dulu.Abu Sayyaf tinggal di Pulau Sulu (Jolo).Aku sempat singgah sekejap sahaja,tak berani lama2 takut nanti nama aku masuk surat khabar sebab kena kidnap..Hehe..Pulau ni didiami oleh orang Islam.Gambar ni ialah jeti pelabuhan Sulu(Jolo).Kat jeti ni ada org jual bermacam2 makanan.Aku lapar jugak time tu tapi aku tak beli,tengok saja.Dari Mindanao ke Sulu ni lebih kurang 4-5 jam dgn naik bot dan dari Sulu ke Sandakan dgn bot ialah 8-9 jam.Bot yang aku naik tu ada `air-cond` tau.Kaum di sini ialah kaum Tausuq.Di perairan Pulau Sulu ni banyak juga kaum Bajau Laut yg hidup nomad.

Readmore »»

Islamic City of Marawi,Phillipines



Aku sempat ke bandar Marawi di Mindanao,Filipina (2007).Ia merupakan Bandar Islam Marawi lebih kurang kita di Malaysia ni seperti Kota Bharu Bandaraya Islam dan seperti di Acheh Darussalam.Di tiga2 buah tempat ni bolehlah dikatakan serambi Mekah di mana semua wanita di sini kena pakai tudung dan pelik kalau yg tidak pakai tudung.Marawi bermakna pekan tasik dan org2 nya dipanggil Maranao iaitu bermakna orang2 tasik.di Marawi jugak ada pondok2 atau madrasah2 Islamic.Tasik Lanao merupakan tasik terbesar di Filipina dan merupakan penjana hidro eletrik yg utama di Mindanao.

Readmore »»

Islamabad-Karachi Train


Perjalanan dgn keretapi yg paling jauh aku naik ialah dari Islamabad-Karachi.Perjalanan itu mengambil masa lebih dari 32jam.Kalau naik flight lebih kurang 2 jam.Jarak Islamabad-Karachi lebih kurang jarang KL-Kota Kinabalu.Yang paling best ialah murah..hehehe..masa tu aku naik cuma Rp100(RM6.50).Ini keretapi kelas-3.Selalunya penuh n takdak tempat duduk.Aku biasanya duduk kat tangga atau kat depan toilet.Aku travel sorang2 jer.Tapi taklah boring sangat sebab aku ni ramah,aku borak jer dengan sesiapa saja.Time tu aku student lagi.So,nak naik flight mahal lebih kurang RM200-300.Bila ada cuti panjang aku akan melawat kawan2 di Karachi.Kalau time tu ada duit,aku naik flight jer.

Readmore »»

Acheh oh Acheh


Dah lama jugak aku tinggalkan Acheh.Aku 1st time berlabuh dgn kapal laut di Pelabuhan Lhokseumawe,Acheh.Aku ke sana selepas beberapa hari peristiwa Tsunami(2004).Perjalanan dgn kapal laut dari Pelabuhan Kelang ke Pelabuhan Lhokseumawe ni makan masa satu hari lebih.Sempat jugak di sana selama sebulan.Aku beraya haji pun kat sana..Mengikut ceritanya ayah Tan Sri P.Ramlee asalnya dari Lhokseumawe,Acheh.

Readmore »»

Bantul dan Jogjakarta dalam ingatan


Apa khabar Jogjakarta.Bersyukur kpd Allah kerana aku sempat mengenalimu walaupun hanya sebulan sahaja di sana.Sudah 2 tahun lebih kita berpisah.Apa khabar saudaraku Bapak Budi yg sentiasa menyediakan air kelapa muda `fresh`dan sentiasa menemaniku di waktu malam.Apa khabar Ibu Wasila dan adik Sri Rejeki.Aku ke sana setelah sehari gempa bumi di Jogjakarta(2006).Keadaan gempa bumi di sana agak teruk jugak tapi tidaklah separah Tsunami di Acheh dan tidaklah seteruk gempa bumi di Pakistan.Di sinilah pertama kali aku makan `bakso`.Sempat jugak aku ke pantai terkenal Pantai Parang Teritis,Chandi Brobodur dan Malioboro.Semoga kita akan ketemu lagi jika ajal masih panjang dan diizinkan Allah.

Readmore »»

Battagram Pakistan


Battagram Pakistan dlm kenangan.Dah 3 tahun berlalu..Apa kawan2ku di sana sedang buat..Kapan akan berjumpa lagi.Battagram sebuah lembah yg subur dikelilingini gunung -ganang yang cantik.Battagram dihuni oleh mereka yg beriman..Wajah mereka kelihatan sungguh tenang walaupun gempa bumi yg dasyat itu memusnahkan segalanya.3 bulan di sana meninggalkan banyak kenangan.

Readmore »»

Pulau Tawi-Tawi


Sudah setahun lebih aku tinggalkan Pulau Tawi-Tawi(Selatan Filipina).Cantik sangat pulau ni.aku sempat pergi 3 hari sahaja.Kebanyakan org di sini beragama Islam dan boleh dikatakan 75% org sini faham jika kita cakap Melayu dgn mereka.Aku rasa menyesal sebab nombor HP member2 aku kat Tawi-Tawi tu dah hilang.Aku pergi ke sana dgn naik bot dari Zamboanga.

Readmore »»

Saham Dunia

Pasaran saham dunia semakin menurun.Harga minyak dunia semakin menurun.Hari ini harga minyak telah turun di bawah paras USD80.Maybe,nanti harga minyak di Malaysia akan diturunkan kembali ker RM1.92 pe Liter...kita doa2kan lah ia akan turun..Harga emas akan melambung naik..Maybe harga nilai rumah akan turun.So di waktu begini kita kena kurangkan perbelanjaan.Kena banyak menyimpan..

Readmore »»

Nama saya..wahai ahlul kubur

Dalam ic aku..tertulis nama Maiden Javed Ghulamdeen..Tapi sekarang nama baru aku ialah Tun Tan Sri Dato` Haji Umrah Dr. M.Javed Ghul UPSR,PMR,SPM,STPM (Hon.)..Tapi nanti dlm kubur malaikat nak panggil nama aku aper yer? Tun ker?Dato ker?Dr ker?..Agak2 ler kan..nama mana yang paling sedap sekali malaikat nak panggil aku dlm kubur nanti..

Readmore »»

Seladang


Seladang nama lainnya ialah Malayan Gaur.Besar sungguh.Kalau nak tengok boleh ke Zoo Taiping.

Readmore »»

Ikan keli Sungai Mekong


Besar betul ikan keli Sg.Mekong ni.Satu kampung Wak Dol boleh makan ikan ni buat kenduri.hehe.

Readmore »»

Aduh!


Aduh..takdak tempat lain ker nak kena cucuk..takdak kerja cari kerja..

Readmore »»

Kereta Penyu


Kereta Penyu..kat mana ni..kat Rantau Abang Terengganu ker..hehehe

Readmore »»

Itik Nila


Inilah itik nila.Siapa pernah makan n rasa daging itik nila..Dulu masa aku kecik2 banyak jugak aku tgk itik nila kat kampung aku.Tapi now aku dah lama tak nampak itik nila..depa dah pupus ker?

Readmore »»

Cantik pokok ni


Cantik pokok ni..menarik dan pelik..

Readmore »»

Boleh terbang ker?


Nak naik kapal terbang ni tak?boleh terbang ker ni ?

Readmore »»

Rumah terbalik



Rumah ni terbalik ker?..Hehe..jom buat rumah camni kat Malaysia.Mesti ada ramai orang nak beli..

Readmore »»

Udang apa ni!!!


Besarnya udang ni..udang apa ni..pelik betul..dlm dunia ni mcm2 benda pelik yg kita masih belum jumpa.

Readmore »»

Zero Dollar Note


Artist Laura Gilberts' print 'The Zero Dollar' protesting the breakdown of the American economy. Gilbert distributed 10,000 of the fake greenbacks in front of the New York Stock Exchange on Tuesday, Oct. 7, 2008 to call attention to the economic crisis gripping the nation.

Readmore »»

Teka Teki Teka Tekok

Bila hati busuk bernanah
Masihkah akal boleh terima?
Bila jasad pulang ke tanah..
Roh pula pulang ke mana?

Readmore »»

Dollar Dulu vs Dollar Sekarang



US Dollar dulu dan sekarang dah tak sama..US Dollar dulu betul2 disandarkan pada logam emas atau perak.Cuba lihat pada contoh wang kertas US Dollar yg dulu dan yg sekarang.Yang di atas adalah US Dollar sekarang dan yang di bawah adalah US Dollar dulu.Klik pada gambar utk lihat imej yg lebih jelas.So sendiri mahu ingat dan sendiri mahu pikiaq..nak simpan emas ker nak simpan wang kertas..Aku...dua2 pun takda..hehehe

Readmore »»

Javanese di Suriname


Suriname ialah sebuah negara Amerika Latin bersebelahan dgn Brazil.Dulu Suriname adalah di bawah jajahan Belanda.Rupa-rupanya di Suriname ada ramai org Jawa bergama Islam..mereka dibawa oleh Belanda ke Suriname.Jauh perjalanan luas pengalaman..

Readmore »»

Selamat Datang

Readmore »»